Rabu, 13 November 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam
Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. 
Selamat Sejahtera Kepada Anda Dengan Rahmat Dan Keberkatannya

SELAMAT DATANG KE BLOG PREMIER GOLD TOKKAYA WAN


   
  
NAIB AHLI JAWATANKUASA KEHORMAT TERTINGGI KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA

Bismillahirahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
  • Sumpah melayu tidak akan menderhaka kepada raja
  • Sumpah melayu tidak akan melayu hilang di dunia
  • Sumpah melayu jangan biarkan melayu itu marah Jika ia marah ia akan bersatu


Tun Teja Ratna Benggala Pandai Membelah Lada Sulah
Jika Tuan Tidak Percaya Mari Bersumpah Di Kalam Allah
petikan dari kata-kata Permaisuri Ratna Benggala atau Permaisuri Tun Teja

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan rahmatnya telah dipertemukan dengan Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia pada penghujung bulan Disember 2012 oleh seorang sahabat yang dah lama tak berjumpa. Nama samaran yang diberikan di kelab ini adalah Tokkaya WanSebelum ini saya telah terlibat dalam berbagai-bagai syarikat Direct Selling di seluruh Malaysia yang menjalankan perniagaan penjualan produk. Jatuh dan bangun dalam sesuartu perniagaan adalah merupakan satu pengalaman dan pengetahuan untuk memahami ilmu perniagaan. Berpegang pada kata pepatah Gagal Sekali Tak Bermakna Gagal Buat Selama-Lamanya. Sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik tanpa mengenal penat dan lelah. 

Terlibat dalam bidang NGO Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia merupakan satu perubahan yang sangat besar dalam hidup kerana daripada AJL berpindah Kepada ROS. Terlibat dalam kerja-kerja amal dalam bidang kebajikan yang memikul Gerbang Perjuangan Lambang Pengorbanan dalam membawa Wadah Perjuangan Sejarah.

Bermula di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia sebagai "Verry Important Person" (VIP) dan dalam masa hampir setahun bertungkus-lumus dalam membina pengaruh dengan membawa gerbang perjuangan lambang pengorbanan demi untuk membantu meningkatkan ekonomi semua. Alhamdulillah Penaung Dan Yang Dipertua Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun teja Malaysia telah mewatikahkan saya menjadi Naib Ahli Jawatankuasa Kehormat Tertinggi Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia dan dianugerahkan aset sebanyak RM750,000 membawa satu pengertian yang sangat besar dalam kehidupan serta menyedari apa yang tersirat dan tersurat bersama wadah perjuangan untuk meningkatkan ekonomi.


     
  

Bermula dengan titik perjuangan tanpa henti berusaha siang dan malam dalam melahirkan Jutawan di kalangan Orang Melayu termasuklah saya dan isteri saya sendiri yang dianugerahkan aset daripada Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia Sebanyak RM 1.2 Juta.

Walau bagaimanapun bukan kejayaan peribadi yang yang di cari sebenarnya tetapi apa yang lebih penting adalah melahirkan seberapa ramai Jutawan Melayu Islam. Cetusan Projek Gaharu dengan nilai Jutaan Ringgit dan hadiah Merentasi Samudera ke Baitullah pada 2014, 2015 dan 2016 yang ditunggu-tunggu oleh semua orang dan bermacam-macam lagi.

Kepada semua yang berada di luar sana yang masih belum tahu apa itu NGO dan ingin merubah kehidupan untuk menjadi lebih baik jom kita bersama-sama menyertai NGO Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM). Terlalu banyak peluang dan faedah-faedah yang akan kita perolehi jika terlibat dalam Badan NGO.


   
  

Melancong bersama Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia ke Gunung Jerai Kedah memberi satu pengalaman baru dalam kehidupan dengan menelusuri sejarah 500 tahun dengan YDS TRAVEL & TOURS dengan melawat tempat sejarah di mana bermulanya titik permulaan sejarah Melayu di Langkasuka seperti Hikayat Merong Mahawangsa. melihat sendiri keindahan dan kebesaran Allah s.w.t.


   
   

FALSAFAH PENIAGA MELAYU

Gerbang Perjuangan Lambang Pengorbanan

  • Banyak peniaga gagal kerana bersikap hangat-hangat tahi ayam dan sekadar suka mengikut orang. Apabila orang lain berniaga, maka dia pun hendak berniaga. 
  • Berniaga tidak boleh pakai ikut-ikut dan dilakukan sekadar suka-suka sahaja. 
  • Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tetapi bukan bagi mengisi masa lapang. Lebih-lebih lagi sebagai permainan bagi menyeronokkan hati semata-mata. 
  • Perniagaan adalah bidang yang serius yang menuntut sepenuh perhatian, tenaga, komitmen, masa dan pengorbanan yang tidak sedikit. 
  • Ia juga satu bentuk perjuangan yang menentukan hidup matinya seseorang peniaga. Perniagaan ibarat maruah diri yang dipertahankan. Tidak ada orang suka gagal. 
  • Hanya orang yang pernah gagal dalam perniagaan yang dapat merasakan erti kegagalan yang sebenar. Rasa malu, tertekan dan seolah-olah maruah sudah tercabut daripada dirinya.
  • Dalam falsafah niaga orang Melayu, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya. 
  • Mereka perlu bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan seperti kerugian dan kegagalan pada peringkat awal. Untuk itu, mereka perlu mempunyai modal yang kuat dan sumber kewangan yang dapat digunakan sepanjang tempoh kritikal itu. 
  • Keuntungan yang diperoleh sebaik-baiknya tidak dibelanjakan. Jika boleh, jangan diusik. Keuntungan perlu digunakan bagi menambahkan modal pusingan dan membuat pelaburan. Keuntungan yang bakal diperoleh bergantung pada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan. 
  • Jadi, setiap perniagaan perlu dirancang dengan teliti, diurus dengan betul dan diusahakan dengan sepenuh hati.
  • Setiap peniaga perlu bersikap peramah, tidak kedekut dengan senyuman dan bersedia memberikan layanan serta perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Mereka tidak boleh mencampuradukkan masalah peribadi dengan urusan perniagaan.
  • Dalam berniaga, jangan sesekali mencari musuh tetapi carilah seberapa ramai kawan dan kenalan. Semua ini harus terbit daripada hati nurani hasil kesungguhan dan minat yang tinggi dalam perniagaan. 
  • Usah berpura-pura dan berlakon. Sikap yang dibuat-buat akan disedari oleh pelanggan dan mereka yang datang berurusan. Pelanggan tidak suka kepada peniaga yang sombong, bongkak dan angkuh.
  • Peniaga tidak seharusnya berlagak pandai tetapi perlu sentiasa menawarkan khidmatnya kepada pelanggan pada bila-bila masa sahaja. 
  • Setiap pelanggan mahu dilayan seperti raja. Jadi, tiada ruginya jika peniaga bersikap merendah diri dan berbudi bahasa.
  • Bagi mereka yang mahu menjadi peniaga ataupun usahawan yang berjaya, segala sifat negatif itu perlu dibuang dan digantikan dengan sikap positif. 
  • Peniaga perlu ingat mereka bukan sahaja menjual barang dan khidmat tetapi imej diri. Imej peniaga yang baik adalah mampu memenuhi segala per-mintaan dan harapan pelanggannya. 
  • Mereka juga perlu memastikan setiap barang dan perkhidmatan dapat dihantar ataupun disiapkan tepat pada masanya. Pelanggan akan lebih yakin pada peniaga. 
  • Secara psikologinya, ia akan mendatangkan kepercayaan orang ramai supaya berurusan dengannya. 
  • Proses ini perlu berkekalan dan berlanjutan. Sikap lewa dan buat kerja separuh jalan tidak seharusnya wujud dalam sebarang bentuk amalan perniagaan. Sama ada perniagaan itu milik keluarga ataupun tidak, ia perlu dilaksanakan seolah-olah ia adalah titik peluh kita sendiri.
  • Mereka yang menceburi bidang perniagaan dianggap sebagai wira kerana berani mengambil risiko dan tidak takut berdepan dengan kegagalan ataupun kerugian.
  • Bagi orang Melayu, tanpa rugi tidak mungkin akan datang untung dan seterusnya kejayaan dalam apa sahaja lapangan yang diusahakan. Orang Melayu jarang memandang rendah kepada mereka yang gagal dalam perniagaan.
  • Ia dianggap sebagai langkah awal bagi menuju kejayaan. Orang Melayu memandang tinggi kepada mereka yang mahu berusaha di mana galakkan dan peluang akan diberikan kepada sesiapa yang hendak melibatkan diri dalam perniagaanJusteru, orang Melayu tidak mudah putus asa apabila gagal kali pertama dan buat ke sekian kalinya. 
  • Ini kerana, matlamat utama mereka menceburi perniagaan adalah hendak membina asas kewangan yang lebih kukuh dan selamat bagi jaminan kehidupan keluarga pada masa hadapan. Mereka tidak mengharapkan keuntungan besar dalam sekelip mata. 
  • Bagi mereka, cukuplah jika untung sedikit tetapi biar berterusan sampai bila-bila. Yang penting adalah perniagaan itu dapat memberikan punca pendapatan bagi menampung segala perbelanjaan keluarga. 
  • Sebahagian daripada keuntungan itu perlu disimpan bagi mengembangkan perniagaan dan menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangka. 
  • Sebahagian lagi digunakan sebagai modal pusingan. Jika keuntungan digunakan bagi menampung perbelanjaan harian yang bersifat peribadi, ia akan mengundang kesulitan kepada peniaga. 
  • Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, peniaga tidak boleh bersikap boros dan melakukan pembaziran dengan membeli perabot mahal, perhiasan mewah dan berbelanja dengan sewenang-wenangnya menurut nafsu
  • Peniaga baru perlu secara sederhana. Jangan suka menunjuk-nunjuk kerana ia adalah sikap yang tidak memberikan keuntungan. 
  • Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh korporat besar jika perniagaan lingkup separuh jalan. 
  • Semua itu boleh datang dengan sendiri apabila perniagaan mulai stabil dan mendatangkan pulangan untung yang lumayan.
  •  Amalan dan pemikiran sebegini perlu ditanam dengan kejap dalam mentaliti semua peniaga. Peniaga mungkin sedar berkenaan perkara ini. 
  • Cuma yang menjadi masalah, tidak ramai yang berupaya mempraktikkan dan menjelmakannya dalam kehidupan mereka seharian
  • Persaingan yang sihat menguntungkan semua pihak. Manakala persaingan yang tidak adil tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada mana-mana pihak. 
  • Jika ada pihak yang mendapat keuntungan sekalipun, ia hanya bersifat sementara dan tidak akan dapat bertahan. Bahkan akan menjadi faktor yang mempercepatkan kejatuhan dan kehancuran dalam bidang perniagaan. 
  • Bagi menggelakkan terjadinya persaingan yang tidak sihat, orang Melayu tidak digalakkan melibatkan diri dalam bidang perniagaan ataupun menjual barangan yang sama. 
  • Skop perniagaan mungkin sama tetapi pendekatan yang digunakan dan produk yang dijual adalah berbeza.
  • Syabas Anak Malayu-Penaung


PENAUNG DAN YANG DIPERTUA KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA



KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA

HURAIN MAKSUD LOGO /LAMBANG KELAB

TEPAK SIREH
  • Melambangkan rumah tempat kita berlindung
5 TEPAK SIREH
  • Merupakan Rukun Islam yang Lima
DAUN YANG BEWARNA HIJAU
  • Melambangkan Agama Islam yang Suci dan Murni
KACIP YANG BERADA DITENGAH-TENGAH
  • Merupakan apa jua perniagaan yang dilakukan di dalam Kelab adalah Patuh Syariah dan Adab yang diperadabkan
KERIS YANG TERSARUNG RAPI
  • Melambangkan orang melayu tidak mencari musuh sebaliknya akan mempertahankan diri seandainya di ancam malahan atas dasar kasih sayang kita bersatu.

 BERITA BAIK UNTUK YANG BELUM MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH KINI KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL TUN TEJA MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN MALAYSIA HARBOUR PILOT ANDASSOCIATE ( MHAPA)
   

  • Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia bekerjasama dengan Malaysia Harbour Pilots Associate dalam membawa Vip Dan Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia mengerjakan ibadah haji Pada Tahun 2014, 2015, 2016.
  • Malaysia Harbour Pilots Associate memberikan kouta haji kepada Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia sebanyak 900 Kouta khas untuk Vip dan Ahli Jawatankuasa Kelab Yang ingin ke Baitullah mengerjakan haji yang mana dipercahkan kepada tiga tahun iaitu 2014, 2015, dan 2016.
  • Mengembalikan sejarah lampau dengan merentasi samudera menaiki kapal Cruise ke Baitullah.
 BERITA BAIK UNTUK MEREKA YANG INGIN JOIN VENTURE BERSAMA YDS HOLDING GROUP BHD DALAM PENANAMAN GAHARU GRED 4A SECARA MEMORANDUM OF AGREMENT (MOA)

    

  • Rebutlah Peluang yang sangat hebat ini dengan JOIN VENTURE BERSAMA YDS HOLDING GROUPS BHD dalam membuat penanaman Pokok Gaharu Gred 4A secara Memorandum Of Aggrement (MOA).
  • Satu Ekar Tanah akan ditanam dengan 1000 batang Pokok Gaharu
  • Di jangka Sebatang Gaharu berharga antara 30,000 dalam jangkamasa 7 Tahun
  • Hasil akan dibahagi 50% Tuan Tanah dan 50% lagi YDS HOLDING GROUP BHD
  • Keuntungan mencecah RM 15 Juta untuk 1 Ekar Tanah
  • Peluang yang sangat hebat yang mana semuanya diuruskan oleh YDS HOLDING GROUP BHD